"Menara di Kuala Lumpur tidak boleh dilihat seperti ianya dibuat di Amerika atau Eropah, tetapi perlu dilihat sebagai kepunyaan Malaysia." - Cesar Pelli
MENARA
Menara Petronas yang direka oleh jurubina Cesar Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1999 setelah
menelan masa enam tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu
disiapkan. Menara
ini dibina di atas tapak lumba kuda, di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Menara setinggi 88 tingkat ini dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia. Reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan dua segi empat yang bertindih – menjadikan bentuk bintang berbucu 8. Untuk memaksimakan ruang, Cesar Pelli menambah lapan separa bulat, satu di setiap sudut. Bentuk geometri ini melambangkan kesepaduan, keharmonian, kestabilan dan rasional – semua prinsip penting dalam Islam.
MENARA
![]() |
Pelan lukisan reka bentuk Menara Berkembar Petronas. |
Disebabkan kekurangan keluli serta kos pengimportan keluli yang mahal, menara berkembar ini didirikan atas konkrit bertetulang yang teramat kukuh (Gred 80). Penggunaan konkrit untuk membina sesuatu struktur akan menjadikannya amat kukuh dan dua kali lebih berkesan mengurangkan gegaran berbanding keluli. Namun begitu, penggunaan konkrit akan menyebabkan struktur itu menjadi amat berat. Disokong oleh teras konkrit 23-kali-23 meter dan segelang luar tiang super yang beruang legar, menara-menara ini menggunakan sistem struktur canggih yang menampung profilnya yang langsing serta menyediakan ruang pejabat tanpa tiang seluas 560,000 meter persegi (669,754 sq yd). Di bawah menara berkembar ini ialah pusat beli-belah Suria KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas.
Untuk mewujudkan efek berlian berbilang segi dalam cahaya matahari, 88 tingkat Menara Berkembar Petronas yang bersaiz 83500 meter persegi ini dilitupi dengan keluli tahan karat dan 55000 meter persegi kaca berlapis.
JEJANTAS UDARA
Terdapat sebatang jejantas udara yang
menyambungkan kedua-dua menara di tingkat 41 dan 42, iaitu jejantas dua tingkat
tertinggi di dunia. Jejantas ini tidak dipasang terus pada struktur utama,
sebaliknya direka agar berlongsor ke dalam dan ke luar menara agar tidak patah
akibat angin kencang atau penggerakan plat seismik. Ia juga bagi mengawal
pengumpulan tekanan berlebihan dari berlaku di bahagian tengah jejantas, ini
kerana jika jejantas dibina begitu rapat dan terlalu tekap dengan struktur
menara, pemindahan tekanan akan berselerak di serata jejantas yang akhirnya
mewujudkan fenomena "jejantas tertekan", ini boleh menyebabkan
jejantas runtuh dengan mudah. Jambatan ini terletak 170 meter
(558 kaki) dari aras jalan dan panjangnya 58.4 meter (192 kaki),
manakala beratnya pula iaitu 750 tan (750,000 kg).
![]() |
Pelan jejantas udara yang menunjukkan ianya menyambungkan kedua menara tersebut di tingkat 41 & 42. |
Jejantas udara
Petronas juga sebenarnya diperkukuhkan lagi dengan 2 kaki retort yang setiap
satunya berkembar 2, panjang setiap satu kaki iaitu 51 m. Ia dipasakkan di
suatu bola keluli besar bagi mengawal ayunan jejantas. Hujung kaki berbola ini
terletak di aras 29 bagi setiap satu menara.
MERCU
Mercu
yang berukuran 73.5 meter ini diperbuat dari keluli. Mercu ini mengambil masa
19 minggu untuk dibina. Satu mercu dibina di Korea manakala lagi satu di Jepun.
Menara ini dinaikkan menggunakan jek hidraulik.
Selain
daripada untuk menambah nilai estetika bagi menara ini, mercu ini berfungsi
sebagai lampu amaran untuk kapal terbang, perlindungan daripada kilat dan tempat
penyimpanan alatan untuk mencuci tingkap menara ini.
FAKTA - FAKTA SENI BINA KLCC
Jumlah kawasan dibina :
395000 persegi meter
Jumlah keluli tahan karat :
83500 persegi meter
Jumlah kaca penglihatan :
77000 persegi meter
Jumlah konkrit : 160000 cu
meter
Jumlah konkrit asas : 13200
cu meter
Keluli yang digunakan :
36910 tan
Berat menara :
300000 tan
Ruang yang boleh digunakan :
213750 meter persegi bagi setiap menara
Bilangan tingkat : 88
Ketinggian setiap menara :
452m di atas jalan
Panjang skybridge : 58.4m
Ketinggian skybridge : 170m
Ketinggian setiap puncak :
73.5m
Lif : 29 lif dua tingkat yang
berkelajuan tinggi di setiap menara
Eskalator : 10 di setiap
menara
Tangga : 1764 anak tangga
Tempat letak kereta : 5400
tempat parkir di 5 tingkat tempat letak kereta bawah tanah
nice
ReplyDeletenice
ReplyDelete