Di sebalik pembinaan struktur gergasi ini, terdapat banyak halangan dan
detik cemas yang dilalui. Projek sebesar ini selalunya mengambil masa selama
lapan tahun, namun belanjawan Malaysia hanya membenarkan enam tahun sahaja!
Sehari yang lewat akan merugikan pembina sebanyak 700 000 dolar
atau 5 juta dolar seminggu! Selain itu terdapat banyak lagi halangan
dan detik cemas yang dilalui oleh pihak-pihak yang membina menara
ini.
TAPAK PEMBINAAN
Tapak pembinaan Menara Berkembar Petronas ini bukan diperbuat daripada
batu-batan tetapi mendapan yang tidak rata. Ini kerana tapak asal menara ini
terdiri daripada batu kapur yang teruk. Yang menjadikan keadaan menjadi lebih
teruk, ianya berada di tepi curam!
Sebelah tapak batu kapur keras manakala sebelah tapak lagi lebih lembut
dan batu yang rapuh yang mana akan roboh akibat menampung berat 2 bangunan 88
tingkat. Jika pembinaan diteruskan di tapak ini, tanah akan menjadi tidak rata
dan bangunan tersebut akan tenggelam dan jatuh.
SOLUSI
Tapak pembinaan dialihkan sebanyak 60 meter ke atas tanah yang lebih
lembut.
Beberapa cerucuk besar sedalam 120 meter dimasukkan ke bawah tanah ke lapisan batu dalam kerak bumi. Kemudian dasar batuan dibina di atasnya. Bangunan tersebut didirikan atas permukaan konkrit yang luas. Dalam erti kata lain, menara ini dipaku ke tanah dengan asas yang paling dalam di dunia.
HUJAN LEBAT
SOLUSI
Seluruh tapak ditutup dengan kain kanvas yang bersamaan dengan 56 khemah sarkas.
KELULI MAHAL
Kebanyakan bangunan pencakar langit menggunakan keluli sebagai
bahan binaannya kerana ianya amat kuat tetapi boleh dibengkokkan – ciri yang
diperlukan untuk membina bangunan yang tinggi. Namun, itu bukanlah kisah bagi
menara berkembar ini kerana Malaysia tidak mempunyai sumber yang banyak untuk
keluli dan kos untuk mengimport keluli adalah sangat mahal. Apa yang Malaysia
ada hanyalah konkrit.
Daripada membuat rangka menggunakan keluli untuk menyokong bangunan itu,
menara ini menggunakan 16 tiang konkrit yang akan dihubungkan dengan alang yang
akan menampung 270, 000 tan iaitu bersamaan dengan 7 ½ kali berat kapal
Titanic! Konkrit biasa akan runtuh disebabkan oleh berat tersebut. Oleh hal
yang demikian, jurutera memerlukan formula untuk konkrit yang baru. Formula
dimana konkrit boleh berfungsi seperti keluli – kuat tetapi perlu ada tahap
kelenturan. Konkrit tersebut perlu mampu menahan 20, 000 paun inci persegi.
SOLUSI
Pakar pembuat konkrit menambah silika untuk membuang gelembung udara dalam konkrit untuk menjadikan ianya kuat.
PEMERIKSAAN RUTIN KONKRIT GAGAL
Sejumlah konkrit di hantar ke makmal untuk pemeriksaan rutin dan ianya
gagal! Konkrit yang digunakan untuk membina menara tidak cukup kuat. Malangnya
konkrit yang tidak kuat tersebut telah digunakan untuk satu tingkat.
SOLUSI
Lantai tersebut telah dirobohkan dan dibuat semula menggunakan konkrit
yang kuat. Kemudahan menguji juga ditingkatkan dan terdapat tiga loji konkrit
di tapak pembinaan. Setiap kelompok konkrit akan diuji sebelum dituang ke
menara.
MENARA 1 TIDAK LURUS
Sewaktu Menara 1 mencapai ketinggian di tingkat 72 , malapetaka menimpa lagi.
“Pengurus tinjauan kami datang ke kami dan berkata kepada “Saya rasa kita ada sedikit masalah.” – Bob Pratt, Jurutera Menara 1.
Sedikit bermaksud 25mm. Menara 1 condong sebanyak 25mm ataupun selebar ibu jari! Walaupun masalah ini nampak kecil, tetapi apabila diteruskan situasinya akan bertambah teruk dan semakin teruk. Bob Pratt menjadi mati akal. Situasi tersebut menjadi bertambah buruk apabila cuaca juga tidak menyebelahi dia.
“Perkara yang betul-betul mengecewakan setiap tengah hari ialah awak bekerja sepanjang pagi dan sampai tengah hari, tipikal hujan lebat tengah hari Kuala Lumpur, Malaysia akan turun. Orang akan lari berteduh dan pekerja tinggalkan kawasannya” - Bob Pratt, Jurutera Menara 1.
SOLUSI
Kerja pembinaan diteruskan dengan 16 tingkat seterusnya akan dibina mencondong sebanyak 2mm dari tempatnya. Ini untuk memastikan menara tersebut kembali lurus.
DISAMBAR PETIR
Skybridge diangkat menggunakan 16 jek hidraulik.
Kerja menaikkan skybridge bermula jam 8.30 pagi. Masa yang
ditetapkan untuk menaikkan skybridge ke ketinggian 170 meter
ialah selama 20 jam. Ia merupakan proses yang perlahan dan bahaya. Setiap
angkutan hanya bergerak sebanyak 300 mm sekali! Selepas setiap angkutan,
kabelnya perlu diikat dan jeknya dipasang semula.
“Pada pagi itu, syarikat TV tempatan datang, semua orang besar dating. Semua orang bersedia. Jek pertama naik sebanyak 300 mm, kami semua (pekerja) sangat gembira. Tetapi semua orang (pemberita) tanya, “Bila awak nak bermula?” - Jon Dunsford, Jurutera Menara 2.
Kemudian perkara yang tidak terbayang berlaku...
Sistem
kawalan jek telah disambar petir!
“Langit menjadi gelap setiap hari apabila hampir pukul 7. Kami dijadualkan akan siap hampir pukul 8. Hujan datang. Kilat menyambar. Semua sistem kawalan tertutup. Semua lampu terpadam. Kami berada situ, entah nak buat apa.” – Jon Dunsford, Jurutera Menara 2.
Apabila tapak itu menjadi gelap, skybridge besar itu
dibiarkan tergantung di tengah-tengah udara. bertungkus-lumus
bekerja untuk membaiki system itu. Jam berlalu dengan cepat. Keesokkan harinya,
mereka sudah bersedia untuk meneruskan kerja mengangkut skybridge yang
tergendala. Namun, kilat menyambar sekali lagi. Jambatan itu masih 20 kaki dari
kedudukannya.
Cuaca tidak menyebelahi jambatan langit itu. Kren disambar kilat tiga kali apabila mereka berjuang untuk mengangkat jambatan itu ke tempatnya. Litar kawalan terbakar TIGA KALI! Apabila cuaca mengalah, kerja mengangkut skybridge yang telah tergendala diteruskan.
No comments:
Post a Comment