Daripada
tugasan ini, kami dapat mempelajari banyak perkara. Jikalau bukan kerana tugasan
ini, kami rasa tidaklah kami sampai ke menara ini skybridge. Kerana tugasan ini jugalah kami belajar bahawa disebalik
kemegahan dan gah nya mercu tanda Malaysia ini, terdapat banyak halangan dan
detik cemas yang dilalui oleh para jururtera, pembina dan orang-orang yang
terlibat dalam pembuatan nya.
Semasa lawatan kami, kami berasa amat bangga kerana terdapat banyak pelancong asing datang melawat. Kami berharap agar ramai juga rakyat Malaysia juga datang melawat menara berkembar ini. Menara Berkembar Petronas telah menjadi salah satu ikon yang membuatkan Malaysia dikenali di peta dunia. Sehingga ke hari ini menara ini masih lagi menara berkembar yang tertinggi di dunia!
Kalau dahulu
kami hanya melihat kecantikan menara ini dari sudut luaran sahaja. Kini, kami telah menerokai kecantikan menara itu dari sudut dalaman. Dan sekarang, kami bangga mengatakan
kami pernah naik ke jambatan tersebut! 😉
![]() |
Kami dah sampai sini! |
"A country need something to look up to and we certainly need to look up to see the towers. When one is short, one should stand on a box to get a better view of the Petronas Twin Towers."
- Tun Dr Mahathir Mohamad -
No comments:
Post a Comment