Sekiranya
anda ingin pergi ke sini, senang sahaja. Dari KL Sentral anda boleh ambik LRT
dan turun di stesen KLCC. Keluar dari mall K Avenue, anda sudah dapat melihat
menara tinggi ini.
Usai taklimat keselamatan, barulah boleh masuk ke dalam. Anda akan dibawa ke lif yang menuju ke tingkat 41, dimana skybridge berada.
Bila dah cukup masa, pegawai bertugas akan memanggil para pelawat mengikut warna pas. “Visitor with grey tags, please proceed to the next level.”
Anda akan dibawa ke tingkat bawah, dimana terdapat juga kedai cenderamata yang berkonsepkan Menara Berkembar Petronas. Barang- barang Petronas seperti t-shirt juga boleh didapati di sini. Bagi pelawat yang ingin membeli gambar yang ditangkap oleh jurugambar sebelum memulakan lawatan, boleh berbuat demikian di tingkat ini.
Cara dapatkan tiket?
Terdapat
dua cara untuk dapatkan tiket, anda boleh membelinya secara online di sini atau anda boleh datang ke kaunter tiket di
tingkat Concourse menara ini.
Untuk
ke kaunter tiket, anda boleh masuk terus dari pintu masuk Dewan Filharmonik
Petronas atau melalui Suria KLCC. Sekiranya anda tidak tahu, terdapat ramai
staf dan pengawal yang sedia membantu.
![]() |
Peta untuk ke kaunter tiket melalui Suria KLCC. |
Buat
masa ini, harga istimewa untuk My Kad hanyalah boleh didapati apabila anda
pergi ke kaunter tiket dan menunjukkan My Kad anda. Perlu diingatkan juga, anda
haruslah beratur awal-awal untuk mendapatkan tiket kerana mereka mengamalkan first come, first serve basis, siapa
cepat dia dapat. Tiket yang dikeluarkan pada setiap hari adalah terhad kepada
500 tiket sahaja. Jadi untuk mengelakkan anda gigit jari, datanglah membeli
tiket awal kerana kaunter tiket dibuka seawal jam 8.30.
![]() |
Tiket Menara Berkembar Petronas. |
Semasa
membeli tiket anda boleh memilih untuk naik pada pukul berapa. 20-30 orang
dihadkan bagi satu – satu masa. Selepas tu anda akan diberikan pas masuk
pelawat mengikut kod warna. Jadi sesiapa yang mempunyai pas masuk berwarna yang
sama bererti akan naik secara satu kumpulan.
![]() |
Pas masuk adalah mengikut kod warna. |
Berapa harga tiket?
JENIS
|
MY KAD
|
BUKAN MY KAD
|
Dewasa (13-60 tahun)
|
RM 28.00
|
RM 80.00
|
Warga tua (61 thun ke atas)
|
RM 14.00
|
RM 42.00
|
Budak (3-12 tahun)
|
RM 14.00
|
RM 33.00
|
Budak (bawah 2 tahun)
|
Percuma
|
Percuma
|
Untuk
para pelajar yang menunjukkan kad pelajar, akan diberikan lagi harga istimewa
iaitu, RM 22.40.
Hari dan Waktu Lawatan
Selasa
– Ahad (9.00 pagi – 9 malam)
Ditutup:
Ø Hari Isnin
Ø Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
Ø Hari Jumaat – ditutup dari 1.00 tengah hari – 2.30 petang
LAWATAN
Semasa menunggu masa
untuk naik skybridge, anda boleh
berjalan jalan di sekitar. Terdapat banyak info-info mengenai Menara Berkembar
Petronas yang disediakan dalam bentuk interaktif. Terdapat skrin dimana anda
boleh menunjukkan tiket anda di skrin, dan keluar paparan 3D Menara Berkembar
Petronas dan info-info yang berkaitan dengannya. Canggih tak? Kami pun excited
hehe.
![]() |
Menara Berkembar Petronas yang ditayangkan di luang legar kaunter tiket. |
KE SKYBRIDGE
Apabila tiba masa untuk
anda naik, anda akan melalui pemeriksaan keselamatan. Macam nak naik flight, semua bag hendaklah masuk ke
scanner dan poket mestilah dikosongkan. Lepastu anda pun kena melalui body
scanner. Beg yang besar serta makanan dan air tidak boleh dibawa ke skybridge
dan hendaklah disimpan di kaunter beg.
Selepas melepasi
pemeriksaan keselamatan, anda akan disambut oleh jurugambar di mana anda boleh
bergambar berlatarkan gambar Menara Berkembar Petronas. Gambar boleh diambil
semasa keluar nanti dengan bayaran RM50.
Kemudian, anda akan
diberi taklimat keselamatan oleh hologram. Canggih kan!
![]() |
Taklimat keselamatan diberikan menggunakan hologram. |
Usai taklimat keselamatan, barulah boleh masuk ke dalam. Anda akan dibawa ke lif yang menuju ke tingkat 41, dimana skybridge berada.
Sampai ke tingkat 41, anda
akan disambut oleh staff dan anda akan diberikan taklimat. Lepas taklimat anda
akan diberi masa 15-20 minit untuk ke skybridge.
Skybridge ini berada 170meter atas
paras bumi.
![]() |
Tanda sebelum masuk ke skybridge. |
![]() |
Pemandangan dari skybridge. |
![]() |
Pegawai memberikan penerangan sewaktu kami bertanya soalan. |
Bila dah cukup masa, pegawai bertugas akan memanggil para pelawat mengikut warna pas. “Visitor with grey tags, please proceed to the next level.”
Dari skybridge, pelawat
akan dibawa menaiki lif sekali lagi untuk ke tingkat 83. Tingkat 83 ini adalah
tempat transit untuk ke tingkat 86. Sampai di tingkat 83, anda akan dibawa
menaiki lif kecil untuk ke tingkat 86. Lif kecil ini hanya memberi perkhidmatan
untuk ke tingkat 84-86 sahaja. Untuk pengetahuan, tingkat 86 ini adalah tingkat
yang tertinggi yang pelawat boleh masuk. Ini kerana tingkat 87 dan 88 hanya dikhaskan
untuk penyelenggaraan sahaja.
KE OBSERVATION DECK
Tiba di tingkat 86 - Observation Deck, suasananya sangat
cantik. Puncak Menara 1 jelas kelihatan seperti boleh dicapai dengan tangan.
Di sini, pelawat diberikan 20-25 minit untuk menijau kawasan tersebut. Anda boleh menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari ketinggian 360 meter. Teropong berkuasa tinggi juga disediakan untuk para pelawat. Terdapat banyak bahan pameran dan model Menara Berkembar Petronas di tingkat ini.
Di sini jugak terdapat skrin interaktif yang boleh mengeluarkan pandangan 3D menara apabila kita berada di hadapan skrin. Ala – ala menara tu muncul dari tapak tangan kita lah haha.
![]() |
Puncak Menara 1. |

Menara Berkembar Petronas yang ditayangkan Observation Deck. |
![]() |
Mercu Menara Berkembar Petronas yang ditayangkan di Observation Deck. |
Di sini jugak terdapat skrin interaktif yang boleh mengeluarkan pandangan 3D menara apabila kita berada di hadapan skrin. Ala – ala menara tu muncul dari tapak tangan kita lah haha.
Selesai di tingkat 86,
pelawat akan dibawa semula ke tingkat 83, tempat transit tadi. Di sini terdapat
dinding yang menunjukkan bangunan-bangunan tertinggi di dunia untuk informasi
dan para pelawat boleh membuat perbandingan antara bangunan-bangunan tinggi
tersebut. Di tingkat ini juga terdapat Kedai Cenderahati. Di sini, anda boleh
membeli cenderahati berkonsepkan Menara Berkembar Petronas. Anda juga diberikan
masa 25-30 minit di sini. Lawatan secara rasminya tamat.
Koridor berwarna biru yang menunjukkan perbandingan ketinggian bangunan pencakar dari serata dunia. |
![]() |
Menara berkembar tertinggi di dunia - Menara Berkembar Petronas. |
Anda akan dibawa ke tingkat bawah, dimana terdapat juga kedai cenderamata yang berkonsepkan Menara Berkembar Petronas. Barang- barang Petronas seperti t-shirt juga boleh didapati di sini. Bagi pelawat yang ingin membeli gambar yang ditangkap oleh jurugambar sebelum memulakan lawatan, boleh berbuat demikian di tingkat ini.
No comments:
Post a Comment