Wednesday, 19 December 2018

Pendahuluan

Selamat Datang.

Sebelum memanjangkan cerita saya ingin bertanya berapa ramai antara kita yang tahu mengenai Menara Berkembar Petronas? Kita amat mengagumi kecantikan dan seni bina nya, namun adakah kita mengambil tahu cara pembuatan dan pelbagai cabaran yang ditempuhi semasa proses membuat struktur gergasi ini.

Kami diberikan tugasan untuk subjek Mata Pelajaran Umum. Pensyarah kami menginginkan sesuatu yang berkaitan dengan Malaysia. Justeru, kami mengambil kesempatan ini untuk mengkaji dan menceritakan kepada kalian mengenai struktur gergasi ini.


Sebelum Menara Berkembar Petronas ini dibina, tiada siapa yang mengenali Malaysia. Tiada siapa yang tahu mana letaknya negara bernama Malaysia ini. Malaysia memerlukan sesuatu untuk dilihat dan dikenali di mata dunia. Oleh itu, untuk mengumumkan ketibaan negara kita di mata global, Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir membina bangunan yang tertinggi di dunia.